VOCATIONAL EDUCATION TRAINING ACADEMY
Merupakan Pusat Bertauliah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementrian Sumber Manusia bagi persijilan kemahiran (SKM) dan persijilan professional. Kampus baru dengan keluasan 1.3 ekar terletak di Seksyen 5, Semenyih Selangor.
VETA telah mengorak langkah ke arah kepelbagaian latihan kemahiran melalui pendekatan holistik yang menjurus kepada pendapatan yang tinggi.
VETA juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan beberapa syarikat gergasi di Malaysia dalam menjalinkan kerjasama bersama pihak industri seperti Honda Malaysia, Malaysia Marine & Heavy Engineering (MMHE), FMC Technologies dan sebagainya. Memiliki penyertaan daripada ahli akademik dan pakar-pakar industri, VETA mempunyai strategi tersendiri dalam menghasilkan personel professional yang bukan hanya berilmu pengetahuan dan kompeten, tetapi juga mampu berdaya saing di industri dan membetuk nilai KEBOLEHPEKERJAAN DENGAN PENDAPATAN TINGGI.