PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2019

PENGAMBILAN OGOS 2020 KINI DI BUKA!!! KUOTA ADALAH TERHAD!! HUBUNGI KAMI SEGERA DI TALIAN 03-8724 1170 ATAU 011-2331 4335 (CIK ZIRA)/ 011-1430 9616 (PN.MARIAM)

PROGRAM SKM




PROGRAM KIMPALAN

Sinopsis Program


Teknologi yang dibangunkan oleh VETA adalah Sistem Latihan Kemahiran Kimpalan (Welding Skill Training System) yang menggabungkan Sistem Latihan Kimpalan Maya (Virtual Welding Training System) beserta persijilan antarabangsa Lloyd’s Register untuk meningkatkan perakuan profesional dengan pengiktirafan industri supaya pelatih-pelatih di institusi mencapai tahap profesionalisme yang dikehendaki. 

Pelatih-pelatih khususnya lepasan sekolah yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan dalam bidang kimpalan dapat mengadaptasikan pembelajaran dengan menggunakan alat kelengkapan yang canggih di mana membolehkan para pelatih dipantau dan memudahkan pengawasan kemajuan latihan pelajar dari aspek peningkatan kemahiran pada setiap sesi latihan kimpalan. Ia direka dengan ciri-ciri ketepatan bacaan yang tinggi ditambah dengan sifat mesra pengguna membolehkan para pelajar mudah memahami setiap modul latihan yang disediakan di dalam sistem ini.

Persijilan Profesional Lloyd's Register


Persijilan Lloyd’s Register merupakan salah satu bentuk pengiktirafan profesional perindustrian untuk personel di dalam kimpalan. Sistem latihan kimpalan di VETA dibangunkan dengan penjenamaan Welding Skill Training System yang mematuhi AWS D1.1 2010 ASME IX Requirement Standard daripada standard piawaian Lloyd’s Register.

Penempatan pekerjaan di industri

Laluan Kerjaya





























































PROGRAM AUTOMOTIF

Sinopsis Program

VETA membangunkan teknologi terkini dengan menggabungkan Sistem Latihan Automotif Maya atau istilah car in the box beserta persijilan antarabangsa IMI,UK untuk meningkatkan perakuan profesional dengan pengiktirafan industri supaya pelatih-pelatih di institusi mencapai tahap profesionalisme yang dikehendaki.

Selain konsep car in the box, VETA juga merekabentuk Hybrid simulation board khas untuk kegunaan pelajar bagi menjalankan latihan praktikal dengan lebih effektif. Ia direka dengan ciri sebenar yang terdapat didalam sistem Hybrid dengan sifat mesra pengguna membolehkan para pelajar mudah memahami setiap modul latihan yang disediakan di dalam sistem ini. Terdapat beberapa jenis kereta yang digunakan bagi sesi praktikal termasuk sebuah kereta Hybrid disediakan bagi memberi gambaran sebenar dibengkel dengan menjalankan sesi live car repair bagi pelajar dalam modul-modul yang telah ditetapkan.


Persijilan Profesional Institute of Motor Industry (IMI), UK


Persijilan IMI, UK merupakan salah satu bentuk pengiktirafan profesional perindustrian untuk personel di dalam bidang automotif. VETA telah berkolaborasi dengan IMI, UK untuk memberi latihan serta pembelajaran dan pengajaran dalam automotif mengikut kehendak industri dan standard piawaian bertaraf antarabangsa. IMI adalah badan penganugerahan terkemuka bagi industri motor yang menawarkan persijilan profesional pelbagai kemahiran dan kecekapan bidang di dalam industri motor. 
Car in the box
Kemudahan Latihan 

Laluan Kerjaya


PROGRAM PEMESINAN CNC INDUSTRI



Sinopsis Program

Program ini memberi tumpuan kepada kejuruteraan pembuatan dan teknologi pemprosesan yang telah dibangunkan dan digunakan oleh industri. Sebagai contoh, proses pemesinan termaju, bahan termaju, pembuatan pesat, teknologi CNC, kejuruteraan jitu dan nanoteknologi. Pelajar juga akan didedahkan kepada jenis-jenis proses yang terlibat dalam penghasilan produk serta senario pemprosesan produk sedia ada di pasaran semasa. Malahan juga, pelajar diperkenalkan kepada penggunaan teknologi terkini dalam penghasilan produk yang lebih kreatif dan inovatif.


Prospek Kerjaya
Juruteknik di industri pembuatan, penyelia operasi mesin dalam bidang pemesinan logam, pembantu jurutera peralatan, penyelia operasi dalam bidang pengeluaran perindustrian mesin, pengaturcara CNC, pereka CAD/CAM, penganalisis dan pereka sistem CAE, pereka sistem automasi, usahawan





12 comments:

  1. Saya berminat untuk menghantar anak lepasan SPM mengikuti kursus kimpalan arca.
    Mohon berikan maklumat lanjut ke azron62@gmail.com.

    ReplyDelete
  2. Saya berminat utk menghantar ank ke kolej veta.. Blh beri lebih lg maklumat

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk pendaftaran segera melalui talian whatsapp
      dan hantarkan kpd :Pn. Mariam : 011-14309616

      Delete
  3. Program latihan kemahiran daftar awal bulan 7 ni.. Dapat s.k.m jugak ke?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..bole bg perincian program yg ditawarkan? Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Salam, ada tak program diploma automotif.

    ReplyDelete
  6. Hi...(VETA)tersenarai di perkeso tempat krusus untuk pekerja yang hilang kerja kerana covid-19 .
    Nak tanya bagaimana mohon masuk VETA? VETA kah yang akan menguruskan ?

    ReplyDelete
  7. Boleh tidal Saya Masuk veta nie

    ReplyDelete
  8. Syarikat kami ada pengambilan pelajar praktikal. Sesiapa yg lepasan kolej/kemahiran boleh mohon untuk membuat praktikal di syarikat kami. Terima kasih
    Berminat boleh emel resume dekat sy. fatihah.rd@rites.com.my / 01137569198

    ReplyDelete
  9. anak saya umur 17thn july nanti,boleh mohon ke?

    ReplyDelete